LifePoints dikendalikan oleh Lightspeed, sebuah syarikat Kumpulan Kantar, iaitu penyedia penyelidikan dan analisis tersuai yang terbesar di dunia.
Ditubuhkan sebagai National Family Opinion, kami menjalankan penyelidikan kami yang pertama pada tahun 1946! Betul, 1946! Oleh itu, boleh dikatakan bahawa LifePoints ialah jenama kukuh yang disokong oleh syarikat penyelidikan yang mantap dan boleh dipercayai. Bersama-sama, kita mencipta penyelesaian berevolusi untuk jenama supaya keperluan pengguna dapat lebih difahami.
Kami melakukannya melalui komuniti ahli dalam talian kami yang melengkapkan tinjauan demi ganjaran. Ahli-ahli kami menjadi keutamaan kami dan hasil maklum balas mereka, produk dan perkhidmatan kegemaran anda telah dipertingkat. Ahli-ahli kami mendapat manfaat dengan melengkapkan tinjauan Lifepoints. Semakin banyak tinjauan yang mereka lengkapkan, semakin banyak mata yang mereka kumpul dan ia boleh dibelanjakan untuk mendapatkan ganjaran.
Ganjaran Tinjauan kami termasuklah Kad Hadiah untuk Amazon, iTunes, Starbucks dan kredit PayPal – dan ada banyak lagi yang akan ditampilkan. Jika anda ingin tahu tentang perolehan melalui tinjauan dalam talian, cuba lihat di Cara Ia Berfungsi.
Hari ini, kami merupakan komuniti global yang boleh didapati di 45 buah negara dan dalam 26 bahasa pengguna berfikiran serupa yang bersedia untuk mempengaruhi produk yang dibuat oleh jenama yang kita ketahui dan suka.
Menyertai LifePoints adalah mudah!
Tidak menemukan negara anda?
Jangan risau, kami sentiasa meluaskan lingkungan kami. Kembali semula nanti dan semak senarai yang dikemas kini.
Membina dunia yang lebih baik dengan suara kolektif kami.
Cari soalan lazim di bawah atau untuk mendapatkan lebih banyak jawapan, lawati Help Center LifePoints
Kami gabungkan semua respons ahli dan simpan dalam pangkalan data selamat, yang dapat dianalisis. Identiti anda tidak akan dikaitkan dengan jawapan anda atau didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran, jadi berkongsilah pendapat jujur dengan yakin.
Kami ambil langkah berjaga-jaga untuk lindungi maklumat dikongsi dengan kami. Kami berkongsi pendapat anda berikan dalam tinjauan dengan pelanggan kami, tetapi tidak akan dedahkan identiti anda. Untuk maklumat terperinci, sila semak Dasar Privasi kami.
Pelanggan kami ialah beberapa jenama terbesar dan terkenal di dunia, jadi anda dapat berkongsi pendapat tentang produk kegemaran. Untuk melindungi privasi anda dan pelanggan kami serta menghapuskan ketidakadilan, kami rahsiakan identiti pelanggan kami.
Jika anda suka berkongsi pendapat anda, bersuara dalam keputusan penting yang dibuat, mempengaruhi masa depan produk dan perkhidmatan yang berbeza dan menjana sedikit wang secara sampingan, anda akan berasa seperti di rumah dalam komuniti kami!
Untuk sertai, anda mesti berumur sekurang-kurangnya 14 tahun atau lebih. Lihat Terma Penggunaan kami dan sahkan kelayakan anda.